fbpx

Ajal 2 remaja tercampak dari kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan penugasan di lokasi kejadian yang meragut dua nyawa berharap Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki dan remaja perempuan maut selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa lelaki, Lee Kah Lok, 19, dan perempuan, Ng Kui Yang, 15, tercampak keluar dari kereta jenis Honda Civic.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.23 tengah malam.

Katanya, seramai lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati remaja perempuan itu ditemukan bersebelahan kereta manakala mangsa lelaki itu pula merupakan pemandu didapati tersepit di bawah kereta berkenaan.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari laluan arah Gelang Patah ke Skudai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Khairy berkata, ketika kejadian berlaku, kereta tersebut dipercayai berpusing lalu masuk ke laluan bertentangan dan kemalangan tersebut tidak membabitkan kenderaan lain.

Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 1.37 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI