fbpx

Tempoh reman suspek tikam mati ibu kandung disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diiringi anggota polis di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Tempoh tahanan reman suspek kes tikam mati ibu kandung di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu dalam kejadian minggu lalu dilanjutkan selama tujuh hari lagi.

Lanjutan tempoh reman sehingga 19 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Mazana Sinin terhadap suspek yang berusia 38 tahun.

Perintah tersebut adalah bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga kelihatan tenang ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, pagi tadi.

Suspek yang merupakan duda dua anak sebelum ini telah direman selama tujuh hari sehingga semalam selepas dipercayai menikam ibunya Roziah Md. Dom, 63, sehingga mati menggunakan pisau pemotong sayur pada 5 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa yang merupakan pesara guru ditemui dengan kesan dua kesan tikaman di kanan dan kiri leher.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, hasil soal siasat, suspek mendakwa dia terdengar bisikan halus memberitahu warga emas itu menyembah berhala sebelum menyerang mangsa di dalam bilik tidur.

Ujarnya lagi, senjata sepanjang 26 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek turut dijumpai di bahagian belakang rumah berkenaan.

Hasil semakan lanjut pihak polis mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan dadah dan pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka pada dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI