fbpx

MPT bersihkan rumah dipenuhi barangan kitar semula, sisa sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas MPT membersihkan pekarangan rumah pasangan suami isteri tersebut di Jalan Keranji, Taman Simpang, Taiping baru-baru ini.

TAIPING – Sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah rumah di Jalan Keranji, Taman Simpang di sini diarahkan untuk tidak meneruskan aktiviti pengusahaan barang kitar semula secara tidak berlesen.

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan pekarangan rumah mereka dipenuhi barangan kitar semula dan sisa sampah sehingga menimbulkan rasa tidak senang jiran-jiran.

Menurut MPT, susulan aduan awam yang diterima, pihaknya telah menjalankan kerja-kerja pembersihan.

“Ini kerana persekitaran rumah yang kotor itu menyebabkan kacau ganggu kepada jiran berhampiran. Petugas MPT telah menjalankan operasi pembersihan pada Khamis lalu yang mengambil masa empat jam bermula pukul 8 pagi.

“Kerja pembersihan turut dibantu dua buah lori untuk membawa keluar longgokan sampah dari rumah tersebut,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Pemilik kediaman berkenaan sebelum ini telah dikompaun RM250 mengikut Seksyen 70 (12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) atas kesalahan menyalah guna premis sebagai tempat penyimpanan barang-barang kitar semula.

Pada masa sama, pihak MPT turut menasihatkan orang awam agar tidak mengumpul sampah meskipun dalam kawasan rumah sehingga menimbulkan kacau ganggu.

“Longgokan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran MPT biarpun masih dalam kawasan rumah boleh dianggap sebagai kesalahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI