fbpx

Mayat wanita ditemukan tersangkut pada sangkar ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menarik mayat mangsa ke tebing menggunakan tali di Sungai Semantan di Temerloh semalam

TEMERLOH – Mayat seorang wanita ditemukan tersangkut di sangkar ikan milik penduduk kampung di Sungai Semantan berhampiran Kampung Raja Songsang di sini malam semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 8.01 malam bergegas ke lokasi kejadian.

“Bomba yang dibantu pihak polis menarik mayat mangsa ke tebing sungai menggunakan tali seterusnya mengangkat mayat mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI