fbpx

Pembangkang Sri Lanka mahu bentuk kerajaan campuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita berdiri di hadapan tulisan grafiti di luar Istana Presiden di Colombo, kelmarin. – AFP

COLOMBO – Pemimpin-pe­mimpin pembangkang bertemu kelmarin bagi membincangkan rancangan membentuk sebuah kerajaan campuran susulan pengumuman peletakan jawatan Presiden dan Perdana Menteri Sri Lanka, lapor agensi be­rita United Press International.

Speaker Parlimen, Mahinda Yapa Abeywardena mengadakan mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin pembangkang  mengenai pembentukan kerajaan baharu berikutan Presiden Gotabaya Rajapaksa dijangka meletak jawatan esok. Beliau dan Perdana Menteri, Ranil Wickre­mesinghe bagaimanapun belum menye­rahkan surat peletakan jawatan secara rasmi.

“Kami bersetuju secara dasarnya untuk membentu kerajaan campuran yang terdiri daripada semua parti politik bagi tempoh interim. Ia akan menjadi kerajaan yang diwa­kili oleh semua parti,” kata pe­mimpin parti pemerintah yang berpaling tadah,  Wimal Wee­rawansa.

Sabtu lalu, Rajapaksa dan Wickremesinghe  mengumumkan akan  meletak jawatan ketika rakyat mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah cara kerajaan me­ngendalikan krisis ekonomi yang menyebabkan berjuta-juta rakyat Sri Lanka tidak dapat  membeli barangan keperluan asas terutamanya makanan, ubat serta bahan api. 

Pemimpin-pemimpin negara itu kelmarin turut bersetuju memilih Abeywardena  untuk memangku jawatan Presiden Sri Lanka sepanjang tempoh interim.

Buat masa ini, parti pimpinan Rajapaksa masih mempunyai majoriti di Parlimen. Dalam pada itu, pemimpin gerakan protes Sri Lanka, Peter D’Alimeida mengkritik Wickremesinghe dan menganggap  rancangan membentuk kerajaan campuran itu sebagai ‘jenaka’.

Katanya, rakyat bimbang Rajapaksa dan Wickreme­singhe tidak akan memenuhi janji mereka untuk meletakkan jawatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI