fbpx

Peniaga maut rempuh Myvi buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan Mohamed disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

ALOR GAJAH – Seorang peniaga maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah Perodua Myvi yang membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Melekek, petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, mangsa Mazlan Mohamed, 57, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Simpang Ampat. 

“Hasil siasatan, kemalangan dipercayai berlaku ketika Myvi tersebut yang dipandu seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun sedang membuat pusingan U ke Simpang Ampat. 

“Mangsa yang menuju arah sama bagaimanapun gagal mengelak kereta berkenaan dan telah merempuh bahagian kiri pintu belakang kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, akibat rempuhan itu mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan. 

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pemeriksaan pegawai penyiasat di lokasi bagaimanapun mendapati kawasan itu adalah dibenarkan untuk membuat pusingan U.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI