fbpx

Penunjuk perasaan enggan berundur dari kediaman Presiden Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berehat di Istana Presiden di Colombo, semalam. – AFP

COLOMBO – Penunjuk perasaan di Sri Lanka menegaskan bahawa mereka sesekali tidak akan berundur dari kediaman Presiden dan Perdana Menteri sehingga kedua-dua pemimpin berkenaan  meletak jawatan secara rasmi, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

Presiden Gotabaya Rajapaksa sebelum ini berkata, beliau akan berundur pada 13 Julai ini, demikian menurut pengumuman yang dibuat oleh Speaker Parlimen kelmarin.

Bagaimanapun, Rajapaksa tidak dilihat di mana-lokasi atau membuat sebarang kenyataan terbuka.

Sumber tentera berkata, beliau buat masa ini berada di dalam sebuah kapal tentera laut di perairan Sri Lanka.

Manakala abangnya yang merupakan bekas Perdana Menteri, Mahinda Rajapaksa pula berada di sebuah pangkalan tentera laut di negara itu. 

Beribu-ribu penduduk menyerbu kediaman rasmi Rajapaksa kelmarin bagi mendesak peletakan jawatannya selepas melakukan protes selama berbulan-bulan.

Beliau dipersalahkan berhubung krisis ekonomi di Sri Lanka yang mengakibatkan masalah kekurangan makanan, bahan api dan ubat.

Selain itu, Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe juga mengaku  akan meletak jawatan selepas kediaman peribadinya dibakar oleh penunjuk perasaan kelmarin.

Kumpulan penunjuk perasaan itu bagaimanapun sangsi terhadap pengumuman kedua-dua pemimpin itu.

“Kepayahan kami masih belum berakhir. Kami tidak akan berputus asa sehingga Presiden Rajapaksa benar-benar berundur,” kata pemimpin pelajar, Lahiru Weerasekara. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI