fbpx

Piala Tun Abdul Razak milik Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Perak meraikan kejayaan menumpaskan pasukan Terengganu 4-2 untuk menjulang Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi. - MHC

KUALA LUMPUR – Penyerang Perak, Muhammad Haziq Samsul membuktikan ketajamannya apabila meledak hatrik ketika menewaskan Terengganu 4-2 pada final Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Lebih manis, tiga gol penyerang skuad kebangsaan itu berjaya memastikan Perak merampas semula gelaran juara selepas kali terakhir dimenangi mereka dua tahun lalu sekali gus menjulang kejuaraan ke-10 sejak dipertandingkan pada tahun 1963.

Bukan itu sahaja, ia juga adalah kejayaan kali ketiga Perak mengecewakan Terengganu pada perlawanan akhir selepas terdahulu menewaskan lawan tersebut pada final edisi 2017 dan 2018.

Pada aksi itu, Perak terlebih dahulu ketinggalan seawal minit pertama kepada Terengganu menerusi pukulan sudut penalti daripada Faizal Saari.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Roslan Jamaluddin itu berjaya bangkit mengikat kedudukan melalui percubaan padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-17.

Bersambung suku masa ketiga, Haziq membuktikan kemampuannya dengan meledak dua gol pantas dalam tempoh dua minit bermula minit ke-30 dan 32.

Kecemerlangan penyerang berusia 26 tahun itu tidak terhenti di situ apabila dia berjaya merakam hatrik dengan gol ketiga pada minit ke-46.

Terengganu yang kali terakhir bergelar juara pada 2016, terpaksa akur tewas pada aksi final tersebut walaupun Faizal berjaya menjaringkan gol kedua peribadi seminit sebelum tamat perlawanan.

Meskipun tewas, Faizal sekurang-kurangnya berjaya membuktikan dia layak kembali menyarung jersi skuad kebangsaan selepas dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan keseluruhan 18 gol. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI