fbpx

Populasi India atasi China tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PBB menjangkakan populasi dunia mencecah angka lapan bilion tahun ini. - AFP

PERTUBUHAN  BANGSA-BANGSA  BERSATU (PBB), New York – Populasi dunia dijangka mencecah lapan bilion pada 15 November 2022, demikian menurut ramalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, dalam laporan yang menyatakan bahawa India akan mengatasi China sebagai negara berpenduduk paling ramai tahun depan.

“Peningkatan bilangan penduduk ini menjadi peringatan tentang tanggungjawab bersama kita untuk memulihara Bumi dan berfikir sejenak untuk mengenal pasti aspek di mana kita gagal melaksanakan komitmen kepada satu sama lain.

“Ini juga masa untuk kita meraikan kepelbagaian kita, mengenali nilai-nilai kemanusiaan yang dikongsi bersama dan berbangga dengan kemajuan di bidang kesihatan yang dapat memanjangkan hayat kita,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Ramalan Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Masyarakat PBB itu menyatakan bahawa pertumbuhan populasi dunia kini pada kadar paling perlahan sejak tahun 1950.

Populasi dunia dijangka mencecah 8.5 bilion pada 2030 dan 9.7 bilion dalam tahun 2050 sebelum memuncak sekitar 10.4 bilion orang sepanjang tahun 2080-an dan stabil pada kadar tersebut sehingga 2100.

Walaupun penurunan dalam kadar kelahiran berlaku di sebilangan negara membangun, lebih separuh daripada peningkatan populasi dunia dalam dekad-dekad akan datang tertumpu di lapan buah negara.

Menurut PBB negara berkenaan ialah Republik Demokratik Congo, Mesir, Ethiopia, India, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Tanzania. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI