fbpx

Malaysia laksana langkah holistik jamin kesejahteraan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPWKM komited laksana usaha jangka panjang dan pendek dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

PUTRAJAYA – Malaysia komited melaksanakan langkah jangka pendek dan panjang bagi memastikan kesejahteraan penduduk lebih-lebih lagi dengan pelbagai cabaran susulan pandemik Covid-19.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, kerajaan yakin dengan pelbagai pakej pemulihan negara dan langkah perlu bagi mengatasi kesan perubahan iklim, perubahan kos sara hidup, keselamatan makanan dan lain-lain.

Menurutnya, ketika ini, Malaysia memiliki pelbagai sumber untuk dimanfaatkan dalam memacu kemajuan negara.

“Merujuk Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, struktur umur penduduk negara ketika ini mencatatkan peningkatan dalam kumpulan umur ‘penduduk bekerja’ 15-64 tahun dengan 69.3 peratus pada tahun 2020 berbanding 67.3 peratus pada 2010.

“Malaysia mempunyai 32.7 juta pada tahun 2021, meningkat berbanding 27.5 juta pada 2010. Walaupun meningkat, negara mencatatkan purata pertumbuhan penduduk tahunan yang perlahan pada kadar 1.7 peratus bagi tempoh 2010-2020,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, KPWKM dengan kerjasama United Nations Population Fund (UNFPA) sependapat bahawa sambutan Hari Penduduk Sedunia hari ini wajar dijadikan platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu dan cabaran kependudukan di Malaysia.

Jelas KPWKM berkata, pelaburan ke atas pasaran tenaga buruh pada hari ini akan menjamin pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang apabila semua individu memiliki kebebasan kewangan ketika usia persaraan.

“Jika sebaliknya, peningkatan populasi warga emas ini akan menjadi faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan awam dalam menyediakan infrastruktur dan sokongan penjagaan kesihatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI