fbpx

5 suspek tipu pakej haji diserah kepada Polis Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar bakal jemaah yang terkandas di KLIA selepas dipercayai ditipu agensi pelancongan swasta.

KUALA LUMPUR – Kesemua lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes penipuan pakej haji telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mereka yang ditahan merupakan pasangan suami isteri yang dipercayai pemilik syarikat, pekerja dan ejen syarikat pelancongan.

Katanya, setakat hari ini, tiada tangkapan baharu yang dilakukan berhubung kes penipuan tersebut.

“Mereka yang ditahan telah diserahkan kepada pihak IPK Selangor untuk siasatan lanjut.

“Setakat hari ini, tiada tangkapan baharu yang dilakukan oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, semalam Kosmo! melaporkan, lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pakej ibadah haji.

Suspek yang berusia lingkungan 30 hingga 60 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara sekitar pukul 9 malam, Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI