PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya menuju ke ibu kota dilaporkan perlahan susulan pertambahan kenderaan apabila orang ramai pulang ke bandar selepas cuti Hari Raya Aidiladha.
Tinjaun Kosmo! menerusi laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati, keadaan lalu lintas di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak perlahan sepanjang 14.5 kilometer (km) dari Bentong ke Lentang arah Kuala Lumpur.
“Selain itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan juga perlahan iaitu sebelum masuk Plaza Tol Juru, Pulau Pinang arah ke selatan serta Simpang Pulai, Perak ke Gopeng.
“Dalam masa sama, trafik turut dilaporkan perlahan dari selatan ke arah utara iaitu di kawasan Rehat&Rawat (R&R) Senawang, Negeri Sembilan ke Port Dickson, Simpang Ampat ke Pedas Linggi serta Tangkak ke Jasin,” katanya di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE