fbpx

Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Dua anggota tentera maut dihempap pokok tumbang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 1 pagi itu, Sarjan Mohd. Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 11.50 pagi membabitkan dua anggota tentera dari Batalion Kedua, Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Ara, Pulau Pinang.

Katanya, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menyertai operasi di kawasan Hutan Belum.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dikeluarkan dari kawasan operasi itu dengan menggunakan helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dibawa ke Batalion Kedua sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi tujuan bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI