fbpx

Ferrari kembali tawan GP Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Ferrari, Charles Leclerc ketika memintas Max Verstappen untuk muncul juara di Grand Prix (GP) Austria.

SPIELBERG – Pasukan Ferrari melakukan kejutan apabila berjaya menawan Grand Prix (GP) Austria menerusi pemandu sensasinya, Charles Leclerc sebentar tadi.

Kemenangan tersebut pasti memberi kepuasan kepada pasukan Itali itu kerana kali terakhir Ferrari menjulang kemenangan di Litar Red Bull Ring pada 2003 menerusi lagenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher.

Tetapi sayang, Ferrari mampu melakar kemenangan 1-2 namun, Carlos Sainz yang muncul juara di GP British baru-baru ini pulang hampa selepas jenteranya terbakar selepas berdepan masalah sekali gus gagal menamatkan perlumbaan.

Kekecewaan tersebut sedikit terubat apabila berjaya menjinakkan Max Verstappen (Red Bull) untuk muncul juara dan pelumba Mercedes, Lewis Hamilton berjaya menamatkan saingan tempat ketiga.

“Ia adalah perlumbaan menarik kerana pada awal saingan saya memberi tentangan cukup hebat dengan Verstappen. Namun saya akui ia adalah perlumbaan yang sukar.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini. Tetapi masalah yang menimpa saya hari ini bukan dari enjin, namun nasib baik ia bertahan sehingga tamat perlumbaan.

“Lima pusingan terakhir amat sukar untuk saya dan pasukan. Apapun, hari ini kami telah lakukan terbaik dan perlumbaan yang menakjubkan,” kata Leclerc. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI