fbpx

Ramalan cuaca signifikan bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bagi tempoh tiga hari bermula 11 hingga 13 Julai ini melibatkan beberapa negeri di utara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), satu sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam dalam tempoh 10 hingga 13 Julai ini.

“Keadaan ini berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai, seterusnya mengakibatkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 12 Julai dan negeri-negeri utara Semenanjung dalam tempoh 11 hingga 13 Julai hadapan.

“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Kedua dan Ketiga) juga telah dikeluarkan di Laut China Selatan, Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 15 Julai nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI