fbpx

Raheem Sterling berhijrah dari Etihad ke Stamford Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING bakal menjadi bintang pertama yang dibeli Chelsea di bawah era bilionair Amerika Syarikat, Todd Boehly. - AFP

LONDON – Bekas juara Eropah, Chelsea telah mencapai kata sepakat untuk mengikat kontrak bintang Manchester City, Raheem Sterling dengan harga bernilai £50 juta (RM266.27 juta).

Pemain sayap berusia 27 tahun itu menjadi pembelian pertama The Blues di bawah pemilik baharu, Todd Boehly.

Difahamkan, Sterling dan Chelsea bersetuju dengan kontrak lima tahun dan gaji mingguan £300,000 (RM1.59 juta).

Menurut laporan media di England, The Blues juga bersedia memberikan pilihan lanjutan kontrak kepada Sterling yang mampu menjadikan dia sebagai tiga pemain termahal pada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jika lulus ujian perubatan, bintang England itu bakal menyer­tai rakan-rakan sepasukan baharunya di Amerika Syarikat (AS) untuk aksi pramusim menentang Club America, Charlotte FC dan Arsenal dalam bulan ini.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel pula berminat membeli seorang lagi pemain City iaitu Nathan Ake.

Pengendali kelahiran Jerman itu dipercayai telah mendesak Boehly dan pihak pengurusan tertinggi Chelsea untuk menyelesaikan krisis benteng pertahanan selepas hilang dua bek tengah, Antonio Rudiger dan Andreas Christensen.

Selain Ake, The Blues masih dalam rundingan mendapatkan beberapa bintang lain antaranya Matthijs de Ligt (Juventus), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Jules Kounde (Sevilla) dan Kalidou Koulibaly (Napoli). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI