fbpx

Lewis Hamilton selar Orange Army bersorak melihat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON berjalan ke arah padok pasukan Mercedes selepas mengalami kemalangan pada sesi kelayakan di Litar Red Bull Ring kelmarin. – AFP

AUSTRIA – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dilihat kesal dengan tindakan penonton pada Grand Prix (GP) Austria yang bersorak dan gembira menyaksikan dia terbabas pada sesi kelayakan di Litar Red Bull Ring kelmarin.

Hamilton menegaskan tindakan seperti itu tidak seharusnya berlaku terutama setiap pemandu yang turun beraksi dalam perlumbaan F1 berdepan risiko bahaya.

Bagaimanapun, ramai mendakwa tindakan penonton di Austria adalah tindak balas penyokong Hamilton yang mencemuh Max Verstappen sewaktu perlumbaan di Silverstone baru-baru ini

Pada perlumbaan pecut tersebut, Hamilton hanya menamatkan saingan di tempat kelapan sementara pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen menjuarai perlumbaan 23 pusingan itu.

“Saya sedang melalui ba­nyak perkara dalam kemala­ngan itu, tetapi untuk mendengarnya (sorakan) selepas itu, anda tahu, saya tidak bersetuju dengan semua itu, tidak kira apa pun.

“Seorang pemandu mungkin berada di hospital, dan anda akan bersorak kerana keadaan seperti itu. Sangat terkejut mereka bertindak seperti itu kerana perlu sedar betapa bahayanya sukan ini. Saya bersyukur kerana saya tidak ber­ada di hospital dan saya tidak mengalami kecederaan parah.

“Anda tidak sepatutnya gembira dengan kegagalan seseorang atau kecederaan seseorang. Ia tidak sepatutnya berlaku di Silverstone mahupun di sini,” tegas Hamilton.

Sementara itu, Verstappen mengatakan dia teruja melihat ribuan penyokong yang hadir memberi sokongan kepadanya pada perlumbaan sprint.

“Begitu ramai Orange Army di sini dan anda dapat mende­ngar sorakan mereka. Jadi itu sangat bagus bagi perlumbaan ini,” kata Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI