fbpx

7 cedera ditanduk lembu dalam festival larian di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta larian bertempiaran lari semasa lembu jantan cuba menanduk mereka dalam Festival Larian San Fermin. - EPA

MADRID – Seramai tujuh orang disahkan cedera manakala beribu-ribu penonton lagi bernasib baik apabila berjaya mengelak daripada ditanduk lembu jantan semasa Festival Larian San Fermin Pamplona, lapor akhbar Metro UK.

Kecederaan ditanduk lembu jantan yang dikenali sebagai ‘gorings’ adalah kecederaan paling berbahaya semasa perayaan popular Sepanyol itu.

Enam lelaki Sepanyol dan seorang lelaki Perancis dilaporkan memerlukan rawatan di hospital dalam insiden tersebut, namun tiada kecederaan parah dilaporkan.

Perayaan yang amat popular itu menarik sejumlah besar pelawat dari seluruh dunia setiap tahun.

Beribu-ribu lelaki dan sebilangan wanita mengambil bahagian dalam ‘encierros’ atau larian bersama lembu jantan sambil cuba mengelak dirempuh haiwan tersebut.

Laluan sepanjang 875 meter turut disembur dengan bahan untuk membantu menghalang lembu jantan daripada tergelincir di selekoh yang sempit.

Larian itu kebiasaannya tamat dalam masa tiga minit yang penuh menyayat hati.

Lembu jantan yang menyertai larian pada sebelah pagi pula akan disembelih pada sebelah petang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI