PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri termasuk Sabah dan Sarawak pada petang ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk itu melibatkan Batang Padang dan Muallim di Perak manakala di Pahang, hujan lebat hanya tertumpu di Raub.
Selain itu, di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta keseluruhan kawasan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Bagi di Sabah pula, keadaan sama dijangka berlaku melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Labuan.
Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam nanti. – KOSMO! ONLINE