fbpx

Dua maut, 9 cedera dalam nahas di Pagoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan penyelamat mengangkat mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 144.8 di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Pagoh, semalam.

MUAR – Dua maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream yang dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 144.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Pagoh di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, mangsa, Ariff Zainal, 40-an, dan seorang lagi yang masih belum dikenal pasti identiti meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Mohd. Fadli Ismail berkata, kemalangan melibatkan sebuah Honda Stream dinaiki empat orang dan Toyota Wish yang dinaiki tujuh sekeluarga.

“Kesemua mangsa lain yang berusia lapan hingga 47 tahun itu mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihak BBP Pagoh menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.03 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” ujarnya.

Mohd. Fadli berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI