fbpx

Ayda Jebat ‘pantang’ dengan majikan tak bayar gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA meluahkan rasa geram dan kecewa dengan tindakan segelintir majikan yang culas membayar gaji pekerja sehingga menyebabkan berlakunya tekanan dan menjurus kepada pelbagai kejadian tidak diingini seperti membunuh

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat menyelar tindakan segelintir majikan yang culas menjaga kebajikan para pekerja mereka dan tanpa sedar boleh mengakibatkan pelakuan jenayah seperti membunuh.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 30, melahirkan rasa kebimbangan sekali gus menggesa para majikan mengambil berat kebajikan pekerja dengan memberi gaji mengikut waktu yang ditetapkan.

“Takziah kepada keluarga mangsa. Kepada yang tidak bekerja, harap anda semua kuatkan semangat. Kepada syarikat yang mencari pekerja, bantulah mereka ini.

“Kepada syarikat yang ada pekerja, tolonglah bayar gaji mereka mengikut waktu yang ditetapkan. Orang lain pun ada keluarga dan komitmen sendiri,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Luahan rasa simpati tersebut disuarakan pelantun lagu Parah Parah itu berhubung laporan berita tentang pasangan suami isteri dibunuh gara-gara menegur ahli keluarga mereka yang tidak bekerja.

Dalam pada itu, dia juga mengakui tidak boleh menerima sikap segelintir majikan yang hidup mewah tetapi mengabaikan pembayaran gaji terhadap para pekerja.

Bahkan, dia juga memberitahu masalah di tempat kerja juga boleh menjadi punca pergaduhan antara pasangan suami isteri.

“Awak seronok memandu kereta mewah, makan sedap sana sini tetapi bayar gaji hauk.

“Nak kena minta dulu baru bagi. Jadi punca suami isteri boleh bergaduh juga ini.

“Tak baik ya. Maaf saya tak boleh jika ada individu yang tidak membayar gaji orang lain,” katanya lagi.

Dua hari lalu, media melaporkan sepasang suami isteri maut dibunuh oleh seorang individu dipercayai ahli keluarga sendiri.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, marah ditegur kerana tidak bekerja dipercayai menjadi motif utama kes yang berlaku di Taman Bercham Aman, Ipoh tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI