fbpx

Maut tercampak dalam longkang tiga meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tercampak ke dalam longkang di Jalan Raja Nong, Klang hari ini.

KLANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan sebelum tercampak ke dalam longkang sedalam tiga meter di Jalan Raja Nong, Kampung Jawa di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, mangsa dikenali S. Manysekaran, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.07 pagi.

Katanya, operasi itu disertai sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas.

“Pemeriksaan mendapati mangsa berada di dalam longkang itu selepas motosikal jenis Honda Dash ditungganginya dipercayai melanggar besi penghadang jalan sebelum tercampak.

“Anggota bomba terpaksa menggunakan tangga bagi mengeluarkan mangsa dari longkang sedalam 10 kaki (tiga meter) itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI