KUALA LUMPUR- Perikatan Nasional (PN) dilihat hampir merampas Sabah daripada Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila mendahului sebanyak 35 kerusi setakat ini.
PN yang bakal dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului kemenangan di kebanyakan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi parti-parti gabungan mereka.
Menerusi data tidak rasmi, PN menerusi UMNO memenangi 15 kerusi DUN, Bersatu (9), STAR (5) dan PBS (6).
PN perlu memenangi 37 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri dengan mojoriti dua pertiga daripada 73 DUN dipertandingkan. -K! ONLINE