fbpx

EU sekat pinjaman kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekatan dikenakan disebabkan kebimbangan EU mengenai keupayaan Ukraine untuk membayar balik pinjaman. - Getty Images / Grazyna Myslinska

BRUSSELS, Belgium – Suruhanjaya Eropah menyekat satu pinjaman kepada Ukraine disebabkan kebimbangan berhubung keupayaan negara itu membayar balik hutangnya, lapor laman berita RT kelmarin. 

Menurut laporan Bloomberg, pinjaman bernilai AS$1.52 billion (RM6.73 bilion) itu ditawarkan kepada Ukraine oleh cabang pinjaman Kesatuan Eropah (EU) iaitu Bank Pelaburan Eropah (EIB) untuk membantu negara itu mengekalkan ekonominya.

Bagaimanapun, unit bajet Suruhanjaya Eropah menyekat pinjaman itu kerana bimbang terhadap ‘kebolehpercayaan kewangan’ Ukraine, lapor Bloom­berg. Saluran berita itu memetik kenyataan sumber suruhanjaya berkenaan yang namanya tidak didedahkan.

Kerajaan Ukraine pada awal bulan ini menjangkakan pemulihan semula negara itu selepas perang akan menelan belanja sekitar AS$750 bilion (RM3.32 trilion).

Menurut anggaran EIB, Kiev bagaimanapun memerlukan sebanyak AS$1 trilion (RM4.427 tri­lion) dalam bantuan luar.

Pada Mei lalu, negara-negara kuasa ekonomi dikenali sebagai Kumpulan Tujuh (G7) menjanjikan bantuan kewangan hampir AS$20 bilion (RM88.54 bilion) kepada Ukraine, namun menteri kewangan Jerman menolak sebarang pinjaman bersama EU untuk membantu menampung kos pemulihan di Ukraine.

Menurut Bloomberg, EU bergelut sebelum akhirnya bersetuju untuk meluluskan pembia­yaan jangka masa pendek untuk membolehkan Kiev membayar pembelanjaan semasanya.

Cadangan pakej bantuan pada minggu lalu sebanyak AS$1 bilion (RM4.427 bilion) terhenti apabila Jerman menyekat pakej lebih besar berjumlah hampir AS$9.1 bi­lion (RM40.29 bilion), kata saluran berita itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI