fbpx

Rooney calon baharu bimbing DC United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROONEY dilaporkan bersedia untuk kembali ke AS sekiranya ditawarkan jawatan sebagai jurulatih DC United. – AFP

WASHINGTON – Pasukan Liga Bola Sepak Major (MLS) Amerika Syarikat, DC United dilaporkan sedang mempertimbangkan peluang untuk membawa balik bekas pemainnya, Wayne Rooney untuk dilantik sebagai jurulatih.

Bekas bintang Manchester United berusia 36 tahun yang berjaya menguruskan Derby United ketika berdepan masalah kewangan buruk sebelum ini turut dilaporkan terbuka untuk kembali ke Amerika Syarikat bagi memulakan tugas baharu itu.

DC United memecat jurulatih mereka, Hernan Losada pada April lalu sebelum melantik Chad Ashton sebagai pengurus interim dan menduduki tangga ke-13 dalam saingan Eastern Confe­rence dengan sembilan kekalahan daripada 16 perlawanan.

Rooney menghabiskan tempoh dua musim yang gemilang bersama pasukan yang berpangkalan di Washington itu apabila meledak 25 gol dalam 52 penampilan sebelum membuat keputusan kembali ke England ekoran keluarganya sukar menyesuaikan diri.

Bekas pemain England itu sebelum ini secara terbuka meng­akui bahawa masih meminati bidang kejurulatihan bagi mencapai matlamat utamanya menjadi pengurus Manchester Uni­ted satu hari nanti.

Beliau turut menghadiri sesi temu duga untuk memegang jawatan sebagai pengurus Everton sebelum ini selain beberapa tawaran lain kerana kemampuannya menguruskan Derby yang dilanda masalah termasuk pemotongan mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI