fbpx

Erik Ten Hag sengaja cari masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG terkenal sebagai pengurus yang menekankan soal disiplin dan telah menggariskan lima peraturan utama kepada pemain United sebelum ini. – TWITTER MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Bekas pemain England, Stuart Pearce melabel Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag sengaja mencari masalah kerana memperkenalkan lima pantang larang terhadap pemain kelab itu.

Pearce yang juga bekas pe­ngurus Manchester City meng­anggap tindakan Ten Hag itu sebagai keterlaluan dan peraturan ditetapkan adalah sukar untuk dilaksanakan.

“Apabila kamu me­netapkan lima perkara itu, mereka (pemain) pasti melanggarnya dan kemudiannya kamu (Ten Hag) perlu menangani masalah kecil yang ditimbulkan. Sebagai contoh, ramai pemain menggajikan tukang masak sendiri dan kamu tidak boleh mengawalnya.

“Pemain melakukan perkara yang betul untuk dapatkan makanan berbeza kerana mereka hadir daripada budaya berlai­nan. Dengan menetapkan peraturan individu seperti ini, kamu perlu buat pemantauan, namun bagaimanakah kamu akan me­laksanakannya?

“Kadang-kadang ia tidak boleh dikawal. Penilaian secara lebih waras adalah perkara pa­ling adil yang boleh dilakukan. Sekarang kamu (Ten Hag) hanya mencetuskan masalah,” katanya.

Sebelum ini, Ten Hag me­negaskan beliau akan menyingkirkan pemain yang tidak menepati masa, melarang minuman keras, tidak membenarkan pemain ada tukang masa peribadi, melarang pemain bercakap tentang masalah kelab secara terbuka dan akan membuat pemeriksaan indeks jisim badan (BMI) secara mingguan.

Berkaitan makanan, Ten Hag mahu pemain menjadikan ka­feteria kelab sebagai tempat makan utama dan lebih mementingkan sumber makanan berasaskan sayur serta ikan.

Walaupun pemain masih dibenarkan mendapatkan makanan mengikut keperluan sendiri, namun ia tetap di bawah seliaan kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI