fbpx

Tiada siapa paksa kita berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan masa kini berdepan pelbagai cabaran termasuk inflasi, kenaikan kos dan kuasa beli yang rendah.

SEBELUM saya mulakan topik minggu ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam dalam mahupun luar negara.

Semoga mereka yang menunaikan haji kali ini mendapat haji mabrur dan ibadah korban yang dijalankan dipermudahkan dan diterima Allah SWT, amin.

Ok, berbalik pada topik hari ini mengenai sikap anda sendiri sebagai seorang usahawan.

Bila anda buat keputusan nak berniaga, ia datang bukan hanya dengan peluang untuk capai impian, malah bersama risiko lain, antaranya masa dan tenaga.

Ingat, tak ada orang paksa anda berniaga. Jawab dengan jujur, adakah sesiapa paksa anda untuk buat bisnes?

Diacu pistol atau pisau suruh anda berbisnes, betul tak?

Anda sendiri buat keputusan, jadi perlu hidup dengannya dan nikmati setiap saat perjalanan membina bisnes itu.

Sikap usahawan berjaya

Anda sebagai usahawan perlu memikul tanggungjawab bukan hanya pada diri sendiri, malah keluarga, pasukan bisnes dan pelanggan anda.

Boleh kata anda hampir tak boleh gagal, mesti berjaya dan terus berkembang lagi.

Sebenarnya saya tak berapa risau dengan soal krisis ekonomi, kenaikan kadar inflasi, harga barangan dan kekurangan bahan mentah.

Sebab perkara yang paling saya risaukan sebenarnya adalah bila kita tak sedar dan tak tahu apa yang sedang berlaku.

Bila anda sedar dan tahu, persediaan dan perancangan boleh dilakukan untuk mengharungi cabaran yang mendatang. Lainlah kalau anda tak ambil peduli pun dengan keadaan berlaku masa ini, sedangkan impaknya berlaku secara langsung dan tak langsung terhadap bisnes.

Semua ini berkaitan dengan sikap usahawan itu. Sikap anda akan menentukan nilai anda. Bila anda mempunyai sikap orang yang berjaya, kemungkinan besar anda juga mampu mencapai kejayaan, insya-Allah.

Apatah lagi bila ada MESTI bagi seseorang usahawan dalam membina bisnes yang berjaya.

Saya kongsikan formula saya temui daripada pengalaman jatuh bangun dan ilmu daripada guru-guru saya hingga membuatkan RichWorks lahirkan ramai usahawan jutawan di negara ini;

M-entor yang terbukti berjaya
E-lmu (emosi+ilmu) – penghayatan ilmu dengan emosi
S-istem atau strategi yangbetul dan berkesan
T-indakan luar biasa dengan konsisten
I-mpian yang sangat jelas

Saya bersama RichWorks juga nak berikan anda lima e-book mengenai bisnes yang terbaharu dan ada ditulis sebelum ini bagi menyokong bangsa usahawan dalam tempoh mencabar ini.

Anda perlu imbas kod QR tertera dan lakukan pra-pendaftaran ke edisi kedua 10X Bina Bisnes Berjaya yang bakal dianjurkan pada Oktober nanti, insya-Allah.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI