fbpx

Jualan terus elak kebergantungan kepada orang tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (dua dari kanan) meninjau perniagaan industri hiliran berasaskan kopi di Pasir Puteh Sentral, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kementerian Pertanian dan Industri makanan (MAFI) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yakin pemasaran hasil pertanian secara terus kepada pengguna sebagai satu kaedah berkesan mengurangkan kebergantungan pengeluar kepada orang tengah.

Timbalan Menteri Pertanian II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi berkata, seramai 420 ribu pengguna seluruh negara akan mendapat manfaat daripada hasil jualan bernilai RM10.5 juta menerusi Program Khas Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) diadakan serentak di seluruh negara hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan JTDLKM turut membantu mengurangkan kesukaran rakyat dalam mendapat bekalan makanan dan membuka ruang pasaran kepada usahawan hiliran dalam meningkatkan hasil pendapatan mereka.

“Kekerapan JTDLKM berjaya diadakan sebanyak 840 kali di seluruh negara. Di Kelantan, sebanyak 23 program perniagaan terus dilaksanakan dengan nilai jualan terkumpul sebanyak RM215,697 sehingga Jun lalu.

“Jualan terus ini melibatkan keperluan ayam, ikan, sayuran, buahan, daging dan barangan runcit pada kadar harga lebih murah berbanding pasaran runcit,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak perniagaan jualan terus di Pasir Puteh Sentral di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Nik Muhammad Zawawi berkata, FAMA kini sedang mempromosi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2022) yang bakal diadakan pada 4 Ogos hingga 14 Ogos depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang di Selangor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI