fbpx

GM Klang anjur program ‘FAM Trip’ bersama media Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh media sosial dari Sabah dan Sarawak bergambar semasa program lawatan FAM Trip Bersama Media Borneo 2022-Pusing Selangor baru-baru ini.

KLANG- Peralihan fasa pandemik ke fasa endemik di negara ini memberi kelegaan untuk industri pelancongan yang hampir lumpuh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bangkit semula.

Menurut Pengurus Komunikasi Jenama Pusat Borong GM Klang, Norsuhaida Othman, bagi merancakkan sektor pelancongan domestik, pihaknya membawa pendekatan memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar negeri ini kepada media-media dan pempengaruh dari negeri Sabah dan Sarawak.

“Program yang diberi nama ‘FAM Trip Bersama Media Borneo 2022- Pusing Selangor Dulu! (Edisi GM Klang)’ ini telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada Tourism Selangor, Tourism Malaysia Sabah, Tourism Malaysia Sarawak dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Pendekatan yang lebih dekat dan mesra melalui program ini pasti dapat memberi impak yang luas sekaligus menarik ‘aura’ Borneo ke negeri Selangor, terutama Bandar Klang yang penuh dengan keunikan tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Norsuhaida berkata, bandar Klang memiliki pusat borong terbesar di Malaysia, iaitu GM Klang yang mampu menjadi tarikan utama para pelancong dari Sabah dan Sarawak terutamanya mereka yang inginkan kelainan dalam pengalaman membeli-belah.

Katanya lagi, selain menawarkan pelbagai produk yang boleh dibeli secara borong, GM Klang turut membuka peluang bagi mereka yang ingin berkecimpung dalam bisnes kecil-kecilan melalui pengambilan stok-stok jualan daripada pemborong-pemborong yang tersedia.

“Seperti nama program yang diberi, initipati program yang berlangsung selama empat hari tiga malam ini penuh dengan lawatan tempat-tempat menarik di sekitar Selangor.

“Antara tempat yang dilawati adalah Masjid Negeri Shah Alam iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Taman Tasik Shah Alam, Pulau Ketam, Pusat Borong GM Klang dan tempat-tempat bersejarah di Bandar Klang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI