fbpx

Khutbah Arafah diterjemah ke 14 bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah haji berkumpul di Bukit Arafah, lokasi Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan khutbah terakhirnya. - Wikicomms

MEKAH – Kerajaan Arab Saudi melaksanakan terjemahan langsung khutbah Hari Arafah dalam 14 bahasa berbeza, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Langkah tersebut adalah usa­ha kerajaan Arab Saudi untuk menyampaikan mesej kesederhanaan dan toleransi kepada masyarakat dunia dengan sebaik mungkin.

Presiden Kepresidenan Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdulrahman Al-Sudais, berkata, kerajaan Arab Saudi menawarkan sokongan penuh kepada pembangunan Masjid Nabawi dan perkhidmatan Masjidil Haram.

Ini merupakan tahun kelima di mana terjemahan langsung khutbah Arafah dilaksanakan dan kini diperluaskan untuk merangkumi 14 bahasa.

Terjemahan itu memberi manfaat kepada sejuta orang pada tahun pertama, 11 juta pada tahun kedua, 50 juta pada tahun ketiga, 100 juta pada tahun keempat dan akan mencapai 200 juta orang di seluruh dunia tahun ini.

Terjemahan Khutbah Arafah adalah projek khas yang membolehkan penutur bukan bahasa Arab mendengar dan memahami pesanan dalam bahasa ibunda mereka.

Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman menekankan kepen­tingan menjaga jemaah haji dan pihak kerajaan sentiasa berbangga dalam melaksanakan misi itu  dengan memberikan yang terbaik buat tetamu Allah S.W.T. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI