fbpx

Aaron-Wooi Yik selangkah ke final Malaysia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK bakal menentang satu lagi beregu China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong pada aksi suku akhir Indonesia Masters di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan mara ke separuh akhir Malaysia Masters selepas menewaskan Chang Ko-Chi-Po Li-Wei dari Taiwan 23-21, 21-16 sebentar tadi.

Bagaimanapun, ia tidak diraih dengan mudah apabila beregu No.6 dunia itu dipaksa bekerja keras oleh pasangan No.609 dunia tersebut dalam set pertama sebelum menang straight-set pada aksi suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Anak-anak buah Rexy Mainaky itu menjadi wakil kedua negara yang akan membuat penampilan di pentas separuh akhir esok selepas beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.

Namun, ia bukan tugas mudah kerana Aaron-Wooi Yik dijadualkan menentang pasangan meningkat naik Indonesia di ranking kelima dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Ini kerana Fajar Alfian-Rian Ardianto masih belum tewas kepada mana-mana beregu lelaki negara dalam semua kejohanan disertai mereka sepanjang tahun ini.

“Saya nak harungi perlawanan esok umpama aksi sewaktu di pusingan pertama. Tak fikir banyak, cuma nak berikan aksi yang terbaik dan nikmati perlawanan itu,” kata Aaron.

Begitupun, peluang tetap terbuka buat Aaron-Wooi Yik kerana rekod pertemuan terdahulu menentang Fajar Alfian-Rian Ardianto masih memihak kepada mereka dengan tiga kemenangan daripada lima pertembungan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI