fbpx

Piala FA: Gergasi Merah lolos ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Selangor FC meraikan kejayaan menewaskan KL City pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium MBPJ sebentar tadi./FOTO SHIDDIQIN ZON

PETALING JAYA – Skuad Selangor FC kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) 1-0 pada aksi pusingan kedua Piala FA sekali gus menempah slot ke suku akhir musim ini.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Gergasi Merah dilihat bermula garang apabila tandukan penyerang import utama, Herlison Caion berjaya menerjah jaring tetapi tidak bernasib baik selepas gol tersebut dibatalkan pada minit ke-4.

Selangor selaku pasukan tuan rumah terus mengasak dengan giliran pemain tengah, Mukhairi Ajmal melakukan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-13 tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol The City Boys, Kevin Ray Mendoza.

Kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari gol tetapi saingan pada babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bersambung pada separuh masa kedua, Selangor yang dikendalikan oleh Michael Feichtenbeiner merombak kesebelasan utama dengan memasukkan Alif Haiqal dan Norhakim Hassan.

Percaturan tersebut membuahkan hasil apabila kedua-dua ini bergabung tenaga untuk menghadiahkan jaringan tunggal yang disempurnakan oleh Alif Haiqal pada minit ke-62.

KL City yang dibimbing oleh Bojan Hodak berusaha untuk bangkit dengan sepakan percuma penyerang import, Jordan Mintah pada minit ke-84 yang berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Samuel Sommerville.

Sommerville sekali lagi muncul wira pasukan apabila menepis sepakan Mintah hasil daripada sepakan penjuru pada minit ke-90.

Caion berjaya menjaringkan gol menerusi serangan balas pantas pada masa kecederaan tetapi jaringan tersebut turut dibatalkan dengan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selangor dijadualkan bertemu Sabah FC pada aksi suku akhir Piala FA, 23 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI