fbpx

Malaysia harap tuah beraksi pada waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-19 negara bakal berdepan ujian sebenar menentang Vietnam di peringkat separuh akhir di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia hari ini. – FAM

SKUAD bawah 19 tahun (B-19) negara mengharapkan ‘tuah’ ­beraksi pada waktu malam dalam usaha kembali berada di landasan kemenangan menje­lang aksi menentang Timor Leste pada saingan Kumpulan B kempen Piala AFF B-19 di Stadium Madya, Jakarta hari ini.

Sebagai rekod, momentum skuad muda Harimau Malaya sedikit terjejas selepas seri tanpa jaringan menentang Singapura pada aksi kedua kelmarin, sekali gus kekal di kedudukan kedua dengan mengutip empat mata daripada dua perlawanan.

Pengendali skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras berkata, cuaca yang agak panas apabila pemain beraksi sebelah petang pada dua perlawanan pertama dilihat menjadi salah satu faktor pasukan gagal mempamerkan ­prestasi sebenar.

“Bukan mahu jadikan alasan, tetapi dua perlawanan pertama kita beraksi di sebelah petang dan ketika bertemu Singapura, prestasi pasukan tidak seperti biasa atas faktor cuaca yang agak panas.

“Kini, saya harap kami dapat kembali melakar keputusan positif menjelang aksi ketiga peringkat kumpulan menentang Timor Leste yang mana kali ini kami akan bermain pada waktu malam,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Hassan yang juga pengendali skuad Projek FAM-MSN mengakui, keputusan seri ketika bertemu Singapura boleh dianggap adil meman­dangkan pasukan lawan beraksi dengan lebih baik, khususnya pada awal perlawanan.

“Ini adalah keputusan agak baik kerana buat masa sekarang, kita masih belum tewas lagi setakat ini. Memperoleh satu mata lebih bagus daripada tidak me­raih apa-apa.

“Saya lihat pasukan mula mendominasi saingan pada babak kedua, tetapi gagal menembusi gawang lawan kerana pertahanan Singapura tampil begitu ampuh kali ini,” katanya.

Skuad B-19 negara yang kali terakhir menjuarai saingan Piala AFF B-19 pada edisi 2018 diletakkan sasaran untuk lolos sekurang-kurangnya di peringkat separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI