fbpx

‘Menggigil badan anak, cucu terperangkap rumah terbakar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah yang terbakar mengorbankan Allahudin dan anaknya, Muhammad Badrol di Kampung Cherana Puteh, Alor Gajah semalam.

ALOR GAJAH – Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi seorang wanita warga emas suram selepas anak dan cucunya rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Cherana Puteh, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, mangsa, Allahudin Abdul Hamid, 51, dan anaknya, Muhamad Badrol, 5, ditemui rentung oleh pasukan bomba ma­sing-masing di dalam bilik air dan di atas katil bilik utama rumah berkenaan.

Ketika kejadian, hanya dua beranak itu tinggal di rumah ber­kenaan, manakala isteri Allahudin berada di Kelantan.

SITI ZAINON

Wanita berkenaan, Siti Zainon Abdullah, 85, berkata, dia yang tinggal bersebelahan kediaman anak dan cucunya itu tidak sempat menyelamatkan kedua-dua­ mangsa kerana api marak dengan cepat.

Katanya, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri dirumahnya sebelum secara tiba-tiba tersedar selepas terasa bahang.

Berita berkaitan: Bapa, anak 5 tahun rentung rumah terbakar

“Dalam keadaan menggigil saya gagahkan diri mengetuk rumah jiran dengan tongkat me­minta menyelamatkan Allahudin dan cucu saya yang terperangkap di dalam rumah itu.

“Pada masa sama saya tidak mendengar sebarang bunyi jeritan daripada rumah ber­kenaan. Jiran juga melarang saya mendekati kediaman berkenaan dan meminta saya menyelamatkan diri,” katanya sebak ketika ditemui di Kampung Cherana Puteh, di sini semalam.

Sementara itu, jiran mangsa, Ashak Ujang, 74, berkata, dia pada mulanya menyangka terdapat cubaan pecah masuk rumah selepas mendengar ketukan, namun terkejut saat melihat Siti Zainon dalam keadaan cemas dan menggigil.

“Siti Zainon memberitahu rumah anaknya terbakar, saya bergegas ke lokasi dan nampak api sangat marak sebelum isteri menelefon bomba,” ujarnya.

Allahudin dan anaknya, Muhamad Badrol

Tambahnya, dia sempat berjumpa Allahudin kelmarin dan lelaki itu memberitahu, pagar kubur yang sedang disiapkannya adalah sumbangan jariahnya kepada masyarakat setempat.

“Pagar itu dah nak siap, memang dia bagi untuk Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherana Puteh yang terletak kurang 100 meter dari rumah kami,” ujarnya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu memberitahu jenazah dua beranak itu dihantar ke Hospital Alor Gajah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI