PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama ekoran pertambahan kenderaan dan dijangka semakin sesak menjelang lewat petang ini.
Tinjauan Kosmo! di laman web rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mendapati banyak kenderaan mula keluar dari ibu kota ketika ini dan mula memasuki beberapa lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Pantai Timur (LPT1) dan Kuala Lumpur-Karak (KLK).
Orang ramai mula membuat persiapan dengan memulakan perjalanan sehari awal untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini. – KOSMO! ONLINE