fbpx

Isteri cemburu goreng 80 ikan hiasan peliharaan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita nekad menggoreng ikan hiasan peliharaan suaminya yang mahal. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang wanita menggoreng ikan hiasan peliharaan suaminya kerana dihantui perasaan cemburu, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @dunia_kaumhawa.

Rakaman menunjukkan sejumlah ikan perhiasan mahal spesies discus berenang di dalam akuarium. Menurut wanita itu, suaminya sentiasa mengutamakan ikan-ikan peliharaannya.

“Semuanya kerana ikan, ikan lagi. Apa-apa ikan. Sebaiknya kita goreng sahaja ikannya? Kan sedap,” kata wanita itu.

Wanita itu seterusnya memasukkan ikan-ikan yang disiangnya ke dalam kuali berisi minyak masak.

Ikan-ikan itu digoreng dengan jumlah yang cukup banyak sekurang-kurangnya 80 ekor.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tutorial menjadi janda,” kata seorang netizen.

“Kalau saya biarkan sahaja selagi hobi suami masih munasabah,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI