fbpx

“Tanya Annuar Musa”- Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Azizah (tengah) ramah mesra bersama penerima sijil kelas membuat kek sewaktu Program Cakna Siswa selepas merasmikan Community Development Centre (CDC) Dun Sentosa di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sentosa pada hari ini. Foto oleh Zulfadhli Zaki.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG- Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil sikap mendiam diri berhubung pengumuman Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mempunyai majoriti membentuk kerajaan baharu.

Sebaliknya, Wan Azizah mahu pihak media bertanyakan kepada Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan Anwar hanya umpan pihak lain agar Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU-15) dilaksanakan segera.

“Tanya dia (Annuar Musa). Awak patut tanya dia,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Cakna Siswa dan Pusat Pembangunan Komuniti di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa di Jalan Sungai Jati, di sini, hari ini.

Kelmarin, Annuar Musa menerusi ciapan di laman twitternya mendakwa Anwar Ibrahim menjadi umpan pihak lain untuk supaya PRU15 berlangsung secepat mungkin.

Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan Ketua Pembangkang itu akan segera menjadi tidak relevan dalam dunia politik negara ini sekiranya PRU-15 diadakan lebih segera.

“Lagi cepat PRU lagi cepat Anwar menjadi tidak relevan, entah siapa agaknya strategis Anwar. PM tepi dan diketepikan memanjang.

“Saya percaya Anwar telah dijadikan umpan, untuk meminta PRU disegerakan.

“Yang pasti, UMNO dan MN mempunyai pendirian jelas, no Anwar, no DAP. Sesiapa yg nak ikut mereka, sila,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI