fbpx

Pesakit gejala ringan boleh diberi ubat paxlovid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ubat paxlovid.

PETALING JAYA – Ubat paxlovid akan diberikan kepada pesakit Covid-19 yang mengalami gejala ringan hingga sederhana.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, kriteria mereka yang menerima ubat adalah pesakit yang berumur 18 tahun ke atas dan mengalami jangkitan kategori 2 dan 3.

“Pesakit boleh mendapatkannya di fasiliti kesihatan yang disenaraikan,” ujarnya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, mereka yang dijangkiti Covid-19 selepas disahkan melalui saringan kendiri, diminta melaporkannya melalui aplikasi MySejahtera.

Katanya, data pelaporan penting kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengetahui kadar kebolehjangkitan di negara ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI