fbpx

Bekalan air terputus, makanan pun naik harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makanan dijual dengan harga lebih mahal.

GEORGE TOWN – Pengguna di daerah Barat Daya terutama di Bayan Lepas dan Teluk Kumbar bukan sahaja masih berdepan masalah gangguan bekalan air terputus malah terpaksa hadap kenaikan terlampau harga makanan dan minuman yang dijual di premis.

Masing-masing kini merungut apabila mereka dikatakan tidak sanggup berdepan dengan kenaikan mendadak menu lauk-pauk termasuk minuman yang dijual pada harga tinggi berbanding ketika bekalan air pulih sebelum ini.

Seorang pengguna, Awatif Idris, 39, berkata, dia terkejut apabila harga bagi sebungkus nasi lauk ikan keli sambal, dan tempe dengan kacang dijual dpada harga RM11 di kedai di daerah ini.

Menurutnya, berbanding sebelum ini harga bagi menu yang sama dijual pada harga RM8 sebungkus di kedai sama.

“Memang tak sangka harga makanan terus naik mendadak di saat penduduk berdepan depan masalah bekalan air terputus hampir 48 jam sejak tengah hari Rabu lalu.

“Saiz ikan keli pula bukannya besar sangat Itu harga baru sebungkus nasi, air sirap pula dijual RM1.70 sebungkus. Memang naik mendadak,” dakwanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Rosilawati Rahman, 41, pula memberitahu, dia juga berdepan situasi kenaikan harga makanan apabila empat jenis menu lauk-pauk yang dibelinya bersama empat bungkus nasi dijual pada harga RM80.

“Menu dua ekor ikan keli, pajeri nenas, seketul ikan bawal, seketul ikan kayu dan dua ketul ayam goreng dijual pada harga tinggi (RM80). Memang semua orang terkesan dengan isu bekalan air tetapi janganlah sampai ada peniaga yang cuba ambil kesempatan dengan sebegini,” ujarnya bekalan air mineral bersaiz 600 mililiter (ml) juga dijual RM1.80 berbanding RM1 sebelum ini.

Terdahulu, sehingga pukul 1.50 petang tadi, empat daerah dilaporkan masih mengalami gangguan bekalan air, antaranya di daerah Barat Daya seperti Bayan Lepas, Bukit Jambul, Sungai Ara, Teluk Kumbar, Jalan Kampung Jawa, Bayan Baru dan Sungai Batu.

Daerah Timur Laut pula melibatkan kawasan perumahan di Blok E dan Solok Gangsa Greenlane Heights dan Menara Greenview Halaman Tembaga.

Bagaimanapun, ada sebahagian daripada kawasan kediaman berkenaan mula menerima bekalan air yang tidak stabil. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI