fbpx

Najib lewat dua hari, ‘cybertrooper’ tidak dibayar gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran di Facebook Najib berkaitan papan tanda tersebut.

SHAH ALAM – “Najib lewat dua hari, papan iklan sudah diturunkan,” demikian kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung hantaran bekas perdana menteri itu mengenai papan iklan yang dikatakan mempamerkan kiraan bajet oleh kerajaan negeri.

Amirudin berkata, ia bukan isu ada bajet yang ‘hilang’ tetapi disebabkan salah pengiraan.

“Papan iklan tersebut telah diturunkan dua hari lepas.

“Tiada bajet yang hilang cuma berlaku kesilapan dalam pengiraan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah E-Metro Logistics Park di Bukit Raja hari ini.

Terdahulu, Najib menerusi hantaran mempersoalkan papan tanda milik kerajaan negeri yang dikesan salah dalam pengiraannya sebanyak RM258 juta mengenai jumlah Lima Pakej Ransangan Ekonomi dalam program Iltizam Selangor Penyayang.

Mengulas lanjut, Amirudin menegaskan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu digembar-gemburkan.

“Najib terlewat dua hari. Mungkin ada Cytro (Cybertrooper) tidak dibayar gaji,” ujarnyan sinis. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI