fbpx

Bukan mudah kumpul duit nak pergi haji – Mira Filzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA (kanan) melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan kejadian menimpa lebih 380 jemaah haji yang ditipu sebuah agensi pelancongan.

PETALING JAYA – “Ada yang berpuluh tahun kumpul duit nak pergi haji.”

Itu antara luahan pelakon popular Mira Filzah berhubung isu seramai 380 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat ditipu sebuah agensi pelancongan.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, mengakui berasa marah dengan perkara tersebut dan turut bersedih kerana bukan mudah untuk menyimpan duit berpuluh ribu bagi merealisasikan rukun Islam kelima itu.

“Allahuakbar, marah dan sedih. Bukan semua orang hidup senang.

“Ada yang berpuluh tahun kumpul duit hendak pergi menunaikan haji,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.

Sedar berat mana memandang berat lagi bahu yang memikul, namun pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu tidak dapat membendung rasa kecewa dan kemarahannya terhadap agensi yang sanggup menipu bakal jemaah ke Tanah Suci.

“Terdapat mak cik dan pak cik guna duit simpanan atau pencen yang sudah berpuluh tahun untuk ke Tanah Suci.

“Agensi boleh menipu? Tak ingat Tuhan ke mereka ini? Allahuakbar,” katanya lagi.

Hari ini, Kosmo! melaporkan hasrat seramai lebih 380 jemaah haji tidak kesampaian apabila terkandas di KLIA malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Difahamkan, kesemua bakal jemaah yang berasal dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak terbabit gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan passport.

Kesemua mereka yang berkumpul di Aras 5 Balai Kelepesan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan ibadah haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI