fbpx

Kes cecah 4,000, Khairy adakan sidang akhbar 3 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka mengadakan satu sidang akhbar pada pukul 3 petang ini bagi memperincikan keadaan situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini ketika ini.

Menerusi hantaran Twitter Khairy Jamaluddin tadi, sidang akhbar itu akan diadakan bagi memaklumkan beberapa perkara susulan negara mencatatkan kes harian melepasi 4,000 jangkitan hari ini.

“Kes harian melepasi 4,000. Ini gelombang baharu jangkitan Covid-19 yang saya maksudkan beberapa minggu lepas.

“Sidang akhbar diadakan petang ini pada pukul 3 petang untuk memaklumkan beberapa perkara penting,” ciapnya.

Terdahulu, angka jangkitan Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 4,020 kes dilaporkan semalam termasuk sembilan kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,548,528 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 1,718 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,516,688.

Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,630 diikuti Kuala Lumpur (1,049), Perak (295), Sabah (205), Negeri Sembilan (197), Pulau Pinang (128) dan Melaka (107).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (90), Johor (80), Pahang (62), Kedah (60), Sarawak (57), Kelantan (21), Terengganu (20), Labuan (12) dan Perlis (7). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI