fbpx

58 peratus keluar mengundi setakat pukul 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Sebanyak 58 peratus pengundi keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat pukul 3 petang tadi.

Makluman berkenaan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi laman sosial Facebook rasmi SPR.

SPR menjangkakan sebanyak 70 hingga 75 peratus pengundi bakal turun mengundi sepanjang hari pengundian.

Mula dibuka pada pukul 7.30 pagi, sebanyak 741 pusat mengundi membabitkan 2,540 saluran.

Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dengan seramai 476 calon bertanding. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI