fbpx

Tiga warga asing maut, empat parah kenderaan bertembung di SKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang kemalangan menyebabkan tiga warga asing maut di lokasi kejadian.

KUALA LANGAT – Tiga warga asing maut manakala empat parah selepas terlibat dalam kemalangan dua kenderaan di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) berhampiran Pulau Carey di sini malam tadi.

Kesemua mangsa adalah lelaki termasuk seorang warga tempatan berusia 25 tahun.

Identiti kesemua warga asing bagaimanapun belum diketahui.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 12 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Fire Post, Pelabuhan Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.42 malam.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati kemalangan melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis CRV dipandu warga tempatan dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Unser dinaiki enam warga asing yang bertembung satu sama lain.

“Kesemua mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan keseluruhannya kira-kira pukul 12.16 tengah malam.

“Tiga warga asing meninggal dunia di lokasi kejadian manakala empat lagi parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, empat yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Banting.

“Mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI