fbpx

1.5 tan durian rai kakitangan sempena Hari Keluarga UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md Amin (tengah) turut bersama kakitangan membuka buah durian untuk jamuan makan raja buah itu.

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  menyediakan sebanyak 1.5 tan buah durian sekali gus menjadi tarikan utama Hari Keluarga UPSI 2022 yang berlangsung di Arena UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah semalam.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, selain jamuan durian, pelbagai aktiviti turut dirancang antaranya aktiviti senamrobik, sukaneka, kebudayaan serta kemunculan penyanyi era 90-an, Nizam Laksamana.

“Sebagai universiti yang sentiasa cakna kebajikan warganya, program ini dilaksanakan bagi menghargai tenaga kerja selain mengeratkan silaturahim sekaligus mengangkat aspirasi Keluarga Malaysia,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada majlis  sama, UPSI turut melancarkan minuman isotonik berperisa limau kesturi iaitu sebuah inovasi oleh penyelidik Jabatan Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Dr. Nurul Fadhilah Abdullah.

Sementara itu Dekan FSSK, Dr. Jaffry Zakaria berkata, minuman berjenama Upside itu mengandungi formula menghilangkan dahaga dan membantu meningkatkan prestasi atlet dijangka membuat kemunculan sempena penganjuran Sukan IPT (SUKIPT) bulan depan. 

“Melalui kajian yang dilaksanakan, Upside mengandungi keperluan nutrisi yang diperlukan kepada para atlet untuk menjalani latihan sekali gus membantu optimumkan prestasi mereka ketika di lapangan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI