Oleh IVAN AMIRUL
SIPITANG – Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob mencuri tumpuan umum apabila datang ke pusat mengundi mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE).
Datang ke pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Mesapol kira-kira jam 9.30 pagi, Yusof memasukkan kertas undi di khemah khas yang disediakan.
Yusof sedang menjalani kuarantin 14 hari berikutan menjadi salah seorang kontak rapat kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Selain Yusof, dua calon lain yang turut sama menjalani kuarantin adalah dua calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Kamarlin Ombi yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan Sani Miasin untuk DUN Sindumin.- K! ONLINE