fbpx

Rafael Nadal tak jamin turun aksi separuh akhir Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL mendedahkan bahawa dia mengalami kesakitan pada bahagian perut ketika menentang Fritz dan belum membuat keputusan untuk turun pada aksi separuh akhir. – AFP

LONDON – Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengakui dia tidak mampu memberi jaminan sama ada mampu turun ketika berdepan Nick Kyrgios pada aksi separuh akhir malam ini selepas mengalami kesakitan pada bahagian perut ketika berdepan Taylor Fritz kelmarin.

Nadal mengakui, dia hampir membuat keputusan untuk menarik diri ketika menentang pemain muda Amerika Syarikat (AS) tersebut selepas terpaksa mendapatkan rawatan pada set kedua.

Pemain pilihan kedua itu bernasib baik apabila memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-6, 7-5, 3-6, 7-5, 7-6 selepas bermandi peluh sepanjang empat jam 21 minit.

Nadal yang menjuarai Wimbledon pada 2008 dan 2010 tidak pasti mampu meneruskan perlawanan seterusnya ketika dia menyasarkan untuk memburu gelaran ketiga Grand Slam tahun ini.

“Saya tidak tahu dan berharap keadaan mungkin berubah esok. Sebab itu saya tidak boleh memberikan anda jawapan yang jelas.

“Keadaan badan saya amat baik, tetapi di bahagian perut seperti ada sesuatu yang tidak kena. Saya terpaksa menukar strategi permainan terutama ketika melakukan pukulan servis.

“Saya hampir tidak mampu menamatkan perlawanan menentang Fritz, namun sokongan penonton pada hari ini ternyata membantu saya.

“Sejujurnya, saya sangat seronok bermain perlawanan se­ngit seperti ini dan terima kasih atas sokongan semua yang hadir menyaksikan perlawanan ini,” katanya.

Hasil keputusan itu, Nadal akan berdepan Kyrgios pada separuh akhir Wimbledon selepas pemain Australia tersebut tidak berdepan sebarang masalah mengatasi Cristian Garin dengan 6-4, 6-3, 7-6. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI