fbpx

Suami isteri maut dibunuh ahli keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN polis sedang menjalankan siasatan di lokasi mayat suami isteri dipercayai dibunuh di Taman Bercham Aman, Bercham, Ipoh hari ini.

IPOH – Mayat sepasang suami isteri ditemukan di ruang tamu sebuah rumah dipercayai dibunuh di Taman Bercham Aman, Bercham di sini hari ini.

Pasangan berusia lingkungan 40-an itu disyaki dibunuh ahli keluarganya.

Setakat pukul 11.45 pagi, pasukan polis masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI