fbpx

Mara bina industri hab halal, peruntukan RM12 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun

JOHOR BAHRU – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mewujudkan industri hab halal di Parit Sulong, Batu Pahat yang menelan kos sejumlah RM12 juta.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun berkata, kilang yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan itu mampu melonjakkan pengeluaran industri halal di negeri ini.

Katanya, hab halal Mara yang pertama di Johor itu merupakan inisiatif yang baik bagi membuka ruang kepada para usahawan khususnya dalam pengeluaran produk makanan halal.

“Ketika negara berdepan dengan masalah sekuriti makanan, ini adalah langkah yang sesuai untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang bukan sahaja mampu memasarkan produk makanan bagi pasaran tempatan malah menembusi pasaran luar.

“Ini dapat dibuktikan menerusi kewujudan hab halal Mara di negeri lain yang memberikan kemudahan kepada pengusaha mendapatkan pensijilan halal daripada pihak berwajib.

“Industri makanan halal mempunyai potensi yang besar selain permintaan yang tinggi, jadi kita perlu mengambil peluang ini untuk meneroka sektor pembuatan makanan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat perusahaan automotif milik usahawan wanita di Kota Masai, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI