fbpx

Amaran ribut petir di enam buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak enam buah negeri dikenakan amaran ribut petir berikutan hujan lebat berserta angin kencang yang diramalkan berlaku sehingga pukul 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran itu melibatkan beberapa daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di akan melanda negeri Kelantan melibatkan daerah Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang.

“Cuaca sama juga dijangka akan berlaku di negeri Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” katanya di sini tadi.

Selain itu juga, amaran sama turut diberikan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin di Pahang.

“Hujan lebat berserta ribut petir turut diramalkan akan melanda daerah di negeri Johor seperti di Segamat, Kluang dan Mersing.

“Bagi negeri Sarawak pula, amaran turut diberikan di Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu MetMalaysia berkata, keadaan sama juga dijangka akan berlaku di negeri Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI